Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Bahagian Pengurusan

Heading

Heading

  1. PENGURUSAN KENDERAAN JABATAN
    • Bagi pemohonan yang dikemukakan sekurang-kurangnya empat (4) hari bekerja dari tarikh kenderaan hendak digunakan, pegawai penyelarasan akan memastikan bahawa pemandu dan kenderaan yang akan digunakan, dimaklumkan kepada pemohon selewat-lewatnya dua (2) hari dari tarikh penggunaannya. 
    •  

  2. PENCALONAN PINGAT
    • Borang-borang pencalonan yang lengkap dihantar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau Setiausaha Kerajaan (SUK) selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh tutup.
       
  3. PENGURUSAN MESYUARAT
    • Bilik mesyuarat, makanan serta kelengkapan mesyuarat disediakan bagi setiap mesyuarat yang dibuat tempahan tidak kurang tiga (3) hari bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan.
       
  4. EDARAN SURAT
    • Surat / Memo yang diterima sebelum jam 3.00 petang diedar pada hari yang sama.
       
  5. URUSAN PERKHIDMATAN
    • Dokumen pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dikemukakan kepada Ketua Perkhidmatan dalam tempoh satu (1) minggu selepas maklumat yang lengkap diterima.
       
  6. URUSAN PERSARAAN
    • Borang maklumat asas persaraan dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam dua (2) tahun sebelum tarikh persaraan.
    • Borang maklumat persaraan dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam tiga (3) bulan sebelum tarikh persaraan.
       
  7. URUSAN CUTI
    • Borang permohonan cuti rehat yang telah diluluskan direkod dalam masa tiga (3) hari.
    • Permohonan cuti separuh gaji/tanpa gaji dikemukakan kepada Ketua Jabatan dalam masa tiga (3) hari selepas permohonan diterima untuk mendapatkan kelulusan.
       
  8. KURSUS UNTUK PEGAWAI DAN KAKITANGAN
    • Setiap pegawai dan kakitangan menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun.
       
  9. KURSUS INDUKSI UMUM DAN KHUSUS
    • Pegawai dan Kakitangan yang baru dilantik menghadiri Kursus Induksi Umum dan Khusus untuk disahkan dalam perkhidmatan dalam tempoh enam bulan dari tarikh lapor diri.
       
  10. BIL TUNTUTAN
    • Pembayaran bil tuntutan diproses dan diselesaikan dalam masa 14 hari selepas diterima.
       
  11. PESANAN TEMPATAN
    • Pemprosesan pesanan tempatan dilakukan dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh diterima.
       
  12. BARANG-BARANG BEKALAN PEJABAT
    • Pembekalan barang-barang bekalan pejabat disediakan dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan.
       
  13. BELANJAWAN TAHUNAN JABATAN
    • Penyediaan anggaran Belanjawan Tahunan Jabatan disediakan selewat-lewatnya pada pertengahan Mac setiap tahun.
       
  14. PENDIDIKAN PENGUNDI
    • Bahan-bahan pendidikan pengundi akan sentiasa berada di dalam kuantiti yang mencukupi dan sedia untuk digunakan.
       
  15. PERKHIDMATAN PELANGGAN
    • Mengadakan Hari Bertemu Pelanggan sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam sebulan bagi memberi penerangan kepada orang ramai berhubung tugas dan tanggungjawab SPR.
       
  16. PENERBITAN / PUSAT SUMBER
    • Menguruskan penerbitan Berita SPR sebanyak tiga (3) kali dalam setahun dan diedarkan pada bulan Mei (Bil. 1), September (Bil. 2) dan Januari (Bil. 3).
    • Menguruskan penerbitan Laporan Tahunan satu (1) kali dalam setahun dan diedarkan pada setiap bulan Jun.
    • Meningkatkan jumlah bahan bacaan ilmiah di perpustakaan SPR.
       
  17. PERHUBUNGAN AWAM
    • Memberi maklum balas terhadap aduan awam dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh aduan diterima.