Jata
Banner

HARI MENGUNDI BIASA PRK DUN N.01 PENGKALAN KUBOR

PENGKALAN KUBOR, 25 September – YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR dan YBhg. Datuk Seri Che Mohd Hashim Abdullah, Timbalan Pengerusi SPR telah melawat beberapa tempat mengundi bagi melihat suasana mengundi di Dun Pengkalan Kubor. Pada hari pengundian tersebut, terdapat sebanyak 45 saluran mengundi membabitkan 11 buat sekolah. Seramai 17,450 orang pengundi daripada 24,039 pengundi berdaftar atau sebanyak 73 peratus telah menunaikan tanggungjawab mereka pada hari tersebut.

Selepas melawat beberapa tempat mengundi, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof turut mengadakan sidang media bersama para media di Maktab Rendah Sains Mara Tumpat. Turut bersama dalam sidang media tersebut adalah Timbalan Pengerusi, YBhg. Datuk Seri Che Mohd Hashim, Setiausaha SPR dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Di dalam sidang media tersebut, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengklasifikasikan Pilihan Raya Kecil Dun Pengkalan Kubor sebagai PRK terbaik. Pilihan Raya Kecil Dun Pengkalan Kubor tersebut telah dimenangi oleh Mat Razi Mat Ail dari parti Barisan Nasional dengan undian sebanyak 9,961 undi menewaskan Wan Rosdi Wan Ibrahim dari parti PAS (7,326 undi) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary dari parti BEBAS (38 undi).