Jata
Banner

MAJLIS BERBUKA PUASA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA 1435H / 2014 M

Majlis Berbuka Puasa SPR 1435H / 2014M  telah diadakan pada 17 Julai 2014 (Khamis) di perkarangan C6 & C7 dan telah dihadiri oleh YBhg Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi SPR, Ahli-Ahli Panel SPR serta YBhg Datuk Haji Abdul Ghani bin Salleh, Setiausaha SPR. Majlis ini bertujuan untuk mengukuhkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga SPR di samping berpeluang mendengar amanat daripada Pengerusi SPR. Majlis ini mengambil kesempatan untuk meraikan dan menghulurkan sumbangan kepada seramai 28 orang anak yatim dari Ma’ahad Tahfiz Akademi Iqra’ Al Quran Dan Akademi Anak Yatim, Fakir Miskin Dan Asnaf Sabil, Sg. Merab, Selangor.