Jata
Banner

MAJLIS PERHIMPUNAN SPR BULAN APRIL 2014

Perhimpunan Bulanan SPR bagi Bulan April 2014 telah diadakan pada 14 April 2014 (Isnin) di Ruang Legar SPR, Aras 4 dan dihadiri oleh YBhg Datuk Haji Abdul Ghani bin Salleh, Setiausaha SPR. Majlis ini telah berpeluang mendengar ucaptama dan amanat Setiausaha SPR berhubung perjalanan PRK DUN Kajang dan DUN Balingian yang diadakan secara terkawal dan lancar. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen setiap warga SPR yang menjayakan PRK tersebut. Di samping itu, beliau juga memaklumkan SPR sentiasa memberi peluang kepada pegawai untuk menimba ilmu dan pengalaman di luar negara bagi meningkatkan kemahiran dan kepakaran terutama dalam pengurusan pilihan raya. Selain itu, beliau juga menekankan mengenai langkah-langkah penjimatan dalam penganjuran Majlis-majlis Rasmi Kerajaan serta menegur sikap segelintir penjawat awam yang memburuk-burukkan imej Kerajaan di laman sosial berhubung isu MH370. Majlis ini juga berkesempatan mengucapkan Selamat Bersara kepada Pn. Norainee Bt Hashim daripada PPN WPKL.