Jata
Banner

MAJLIS PERSARAAN AHLI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

Pada tanggal 12 Ogos 2014 (Selasa) merupakan hari terakhir YBhg. Dato’ Haji Mohamad Ramji bin Alli berkhidmat sebagai Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli SPR hampir 10 tahun bermula dari 05 Januari 2005 sehingga 12 Ogos 2014.
Beliau telah banyak menabur bakti kepada SPR dalam membantu melaksanakan pilihan raya yang cekap dan telus di mata rakyat. Jasa dan pengorbanan beliau akan terus diingati oleh warga SPR serta seluruh rakyat Malaysia. Sebagai tanda penghormatan dan penghargaan, pegawai-pegawai kanan serta warga SPR telah mengiringi kepulangan beliau bagi mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya.
Akhir kata, SPR mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Haji Mohamad Ramji bin Alli di atas sumbangan bakti beliau semasa berkhidmat sebagai Ahli SPR.