Jata
Banner

PASUKAN ARAS 4 MENANGI PIALA SETIAUSAHA SPR DALAM SUKAN BOWLING TAHUNAN 2014

PUTRAJAYA, 23 Disember – Satu Pertandingan Bowling Tertutup Antara Aras 4 dan 5 telah diadakan hari ini bertempat di Alamanda ARL Bowling jam 4.00 petang. Pasukan Aras 4 menguasai pertandingan ini dan berjaya mencatatkan 6,108 jatuhan pin selepas menewaskan Pasukan Aras 5 dengan jatuhan pin sebanyak 6,072. Pertandingan empat sepasukan yang disertai 10 pasukan itu dianjurkan oleh Kelab Suruhanjaya Pilihan Raya. Dalam pertandingan itu, Mohd Riza Mohamed Zuhri muncul sebagai juara dalam kategori individu lelaki dengan 438 jatuhan pin diikuti oleh Mohd Zarudin Omar dengan 435 jatuhan pin dan Khairul Nizam Ahmad Arshad dengan jatuhan pin sebanyak 431. Bagi kategori individu wanita pula dimenangi oleh Nurul Masitah Roslan dengan mencatatkan 400 jatuhan pin. Naib johan dalam kategori ini pula adalah Siti Nur Khairolina Masmos dengan 354 jatuhan pin dan diikuti oleh Emy Fadzliana Mokhtar dengan jatuhan pin sebanyak 340. Bagi kategori berkumpulan, Pasukan A Aras 5 Kumpulan 1 telah menjuarai kategori tersebut dengan catatan sebanyak 1,359 jatuhan pin diikuti dengan Pasukan B Aras 4 Kumpulan 2 sebanyak 1,353 jatuhan pin. Tempat ketiga dimenangi Pasukan A Aras 5 Kumpulan 7 yang mencatatkan sebanyak 1,322 jatuhan pin. Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YBrs. Encik Juhari Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha (Penyelidikan). Perlawanan bowling ini merupakan sebahagian aktiviti sukan yang dianjurkan oleh Kelab SPR bagi mengeratkan hubungan silaturrahim diantara warga SPR.