Jata
Banner

PENGERUSI SPR TINJAU PERSIAPAN AKHIR SEMAKAN ISI PETI UNDI

TUMPAT, 24 September – Pengerusi SPR, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini telah mengadakan sesi tinjauan ke Pusat Semakan Isi Peti Undi di Dewan Mahligai 7, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat. Tinjauan ini dilakukan bagi memastikan segala persiapan akhir untuk pengundian pada 25 September berjalan lancar. Sesi lawatan ini turut diiringi oleh Timbalan Pengerusi SPR, YBhg. Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, Ahli-ahli SPR dan Setiausaha SPR.

Semasa tinjauan tersebut, YBhg. Pengerusi SPR juga sempat beramah mesra dengan para petugas pilihan raya dan melihat proses semakan tersebut. Sejurus selepas sesi tinjauan persiapan itu, satu sidang media diadakan di ruang legar Dewan Mahligai 7. Dalam sidang media itu, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof antaranya meminta kerjasama semua pihak yang bertanding agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang semasa hari pengundian serta menasihati pengundi membuat semakan awal pusat pengundian mereka. YBhg. Pengerusi SPR juga berharap proses pengundian pada 25 September akan berjalan lancar.