Jata
Banner

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG Y.BHG DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH, KE SPR

PUTRAJAYA , 5 September – Warga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd Hashim bin Abdullah, Timbalan Pengerusi SPR yang baharu dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan itu yang tidak diisi sejak November 2013. Perlantikan Yang Berbahagia Dato’ Seri Mohd Hashim ini telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 3 September lalu dan berkuatkuasa hari ini.

Ketibaan Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd Hashim di ibu pejabat SPR hari ini untuk memulakan tugas disambut mesra oleh Setiausaha SPR, Y.Bhg Datuk Abdul Ghani Salleh, Timbalan Setiausaha (Strategik), En. Juhari Ab. Rahman, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Encik Ikmalrudin Ishak.dan Penasihat Undang-Undang, Puan Roslinda Mohd Shafie serta beberapa pegawai lain. Sejurus selepas itu beliau diberi taklimat ringkas oleh YBhg Datuk Setiausaha mengenai SPR.

Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd Hashim merupakan anak jati Kota Bharu, Kelantan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebelum ini beliau pernah berkhidmat dipelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara wajib pada 31 Ogos 2014 adalah sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).