Jata
Banner

TAKLIMAT GST KEPADA WARGA SPR

PUTRAJAYA, 5 September 2014 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama Jabatan Kastam Di Raja Malaysia telah mengadakan Majlis Taklimat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada warga SPR Ibu Pejabat pada hari ini. Memandangkan Sistem GST akan dilaksanakan oleh kerajaan mulai 1 April 2015  ianya memerlukan pemahaman menyeluruh setiap lapisan rakyat. Berikutan itu, Bahagian Sumber Manusia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil inisiatif dengan mengatur satu taklimat khas mengenainya kepada warga SPR Ibu Pejabat. Majlis penerangan GST ini telah diadakan di Ruang Legar SPR, Aras 4. Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Setiausaha (Pengurusan), Yang Berusaha Encik Ikhmalrudin Ishak dan pegawai-pegawai SPR. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Puan Norazura binti Hashim dari Jabatan Kastam Di Raja Malaysia. Pada sesi taklimat itu pelbagai soalan turut diajukan kepada wakil Jabatan Kastam. Diharap dengan sesi penerangan itu warga SPR mendapat lebih kefahaman tentang perlaksanaan Sistem Percukaian Barangan dan Perkhidmatan yang akan dilaksanakan nanti.