Jata
Banner

TIMBALAN PENGERUSI LAWAT PROSES UNDI AWAL PRK DUN N.01 PENGKALAN KUBOR

TUMPAT, 21 September – Seramai 105 orang atau sebanyak 96.3 peratus daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka pada hari ini bertempat di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat. Timbalan Pengerusi SPR, YBhg. Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah telah mengadakan lawatan tinjauannya yang pertama sebagai Timbalan Pengerusi SPR ke Pusat Pengundian Awal bagi melihat proses Pilihan Raya Kecil itu berlangsung. Dalam lawatan tersebut, beliau diiringi oleh Ahli-ahli SPR, Setiausaha SPR dan beberapa pegawai kanan SPR. Semasa lawatan tersebut, satu sidang media ringkas turut diadakan dan beliau menyatakan rasa puas hati terhadap kelancaran proses pengundian awal yang berlangsung pada hari ini.