Jata
Banner

58 WARGA SPR TERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG

PUTRAJAYA, 25 Mei – Seramai 58 warga Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014 pada hari ini. Anugerah ini merupakan satu penghargaan daripada pihak pengurusan SPR terhadap mereka yang telah menunjukkan komitmen unggul dalam melaksanakan tugas harian; selain dedikasi dan kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti. Anugerah ini disampaikan oleh Pengerusi SPR, Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd. Yusof. Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi SPR menyeru seluruh warga SPR supaya terus mengekalkan pencapaian terbaik masing-masing, dan berinovasi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi SPR, Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd. Hashim bin Abdullah; Ahli-Ahli SPR; Setiausaha SPR, Yang Berbahagia Datuk Abdul Ghani bin Salleh; dan pegawai-pegawai kanan SPR. Pada majlis yang sama, Pengerusi SPR juga menyampaikan Sijil Kepujian kepada 65 warga SPR yang telah menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan mereka dari segenap aspek. Sijil Persaraan turut disampaikan kepada 31 warga SPR yang telah dan bakal bersara pada tahun ini; dan lapan (8) daripada mereka menerima Sijil Bakti Setia atas perkhidmatan mereka kepada SPR selama 25 tahun dan ke atas. Antara yang bersara pada tahun ini termasuklah Pengarah-Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor dan Kelantan.

<p>