Jata
Banner

PUTRAJAYA, 3 Januari - Sempena Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kebangsaan 2015/1436H, Kontinjen SPR telah turut serta dalam acara perarakan dan berselawat yang diadakan bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Kontinjen SPR terdiri daripada seramai 25 anggota diketuai oleh Timbalan Setiausaha (Pengurusan), En. Ikhmalruddin Ishak. Perarakan sejauh 3 km bermula pada jam 7 pagi dari Masjid Sultan Mizan dan berakhir di Masjid Putra. Pada kali ini sejumlah 149 kontinjen melibatkan seramai 12,325 peserta perarakan dari pelbagai Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan lain-lain telah mengambil bahagian. Selepas acara perarakan, perasmian majlis Sambutan Maulidurasul ini telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada majlis sambutan ini juga, Anugerah Tokoh Perdana Maulidurrasul 2015/1436H telah disampaikan kepada YBhg Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad, Imam Besar, Masjid Negara.