Jata
Banner

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIH SPR

PUTRAJAYA, 30 Jun – Satu majlis berbuka puasa dan solat Tarawih warga SPR bersama-sama para penghuni Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim & Miskin Rukaiyah diadakan pada hari ini di Anjung Ilham, Menara SPR. Majlis anjuran bersama PUSPANITA SPR ini dibahagikan kepada tiga segmen; iaitu upacara perasmian dan penyerahan sumbangan kepada tetamu jemputan, acara berbuka puasa, dan solat Maghrib, Isyak serta solat Tarawih berjemaah di Dewan Serbaguna, Aras 2, Menara SPR. Dalam ucapan ringkasnya, Pengerusi SPR, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof menyeru seluruh warga SPR supaya terus mengekalkan ukhuwah sesama kakitangan dengan masyarakat luar; terutama mereka yang kurang berkemampuan. Beliau kemudiannya menyempurnakan sesi penyerahan sumbangan kepada para penghuni Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim & Miskin Rukaiyah dari Sungai Merab, Sepang. Majlis diteruskan dengan acara berbuka puasa; sebelum warga SPR, tetamu jemputan dan anak-anak dari Pusat Jagaan Rukaiyah bergerak ke Dewan Serbaguna, Aras 2 untuk solat Maghrib, solat Isyak dan solat sunat Tarawih. Satu sesi tazkirah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin sebagai pengisian sebelum solat Isyak. Hadir ke majlis ini adalah Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd. Hashim bin Abdullah, Timbalan Pengerusi SPR; Yang Berbahagia Ahli-Ahli SPR; Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Ghani bin Salleh, Setiausaha SPR; Timbalan-timbalan Setiausaha SPR; Pengarah-pengarah Pejabat SPR Negeri; pegawai-pegawai kanan SPR; dan warga SPR serta keluarga. Sebelum itu, PUSPANITA SPR mengatur satu sesi lawatan isteri-isteri Ahli-Ahli Panel SPR; yang diketuai oleh Yang Berbahagia Puan Sri Siti Julianah binti Johan, isteri kepada Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi SPR ke Menara SPR.