Jata
Banner

MESYUARAT POST MORTEM DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN PILIHAN RAYA KECIL P.091 ROMPIN, PAHANG

KUANTAN, 9 Jun – Mesyuarat Post Mortem Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.091 Rompin, Pahang diadakan hari ini bertempat di Ballroom M.S Garden Hotel, Kuantan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ybhg Timbalan Pengerusi, Dato’ Seri Mohd Hashim bin Abdullah. Mesyuarat turut dihadiri oleh Ahli- Ahli Suruhanjaya , Setiausaha SPR, Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan semua ketua –ketua petugas yang terlibat.  Mesyuarat ini diadakan bagi mengenal pasti setiap sudut kelemahan dan kekurangan gerak kerja yang telah dijalankan bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang. Timbalan Pengerusi dalam rumusannya berharap setiap kelemahan yang wujud dapat di atasi dan dibuat penambahbaikan untuk proses pilihan raya seterusnya. Sejurus selepas sesi Mesyuarat, satu Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada petugas dan agensi yang terlibat dalam proses PRK P.091 Rompin disempurnakan oleh Ybhg Timbalan Pengerusi SPR. SPR merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjalankan proses PRK berkenaan.