Jata
Banner

SPR SAMBUT HARI INOVASI 2015

PUTRAJAYA, 25 Mei – Sempena Hari Inovasi 2015 yang diadakan pada hari ini; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengundang Dato’ Ahmad Fazley bin Yaakob; perunding motivasi yang juga seorang ahli perniagaan, pensyarah, penyanyi, pelakon, pengacara TV, duta produk gaya hidup dan chef pastri bertauliah sebagai pengisian kepada majlis ini. Ceramah beliau berkisar tentang inovasi diri melalui penjenamaan peribadi. Menurut beliau, kreativiti dan sikap berani mencuba bukan penghalang untuk berinovasi dalam kerjaya sebagai seorang penjawat awam. Selain itu, penjenamaan peribadi yang efektif mampu mencerminkan sahsiah yang positif, terpuji dan disenangi; sekaligus meningkatkan produktiviti kerja dan tahap psikologi yang ke tahap optimum. Sesi ceramah beliau turut dihadiri oleh Setiausaha SPR, Yang Berbahagia Datuk Abdul Ghani bin Salleh; pegawai-pegawai kanan SPR; serta warga SPR.