Jata
Banner

TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN PILIHAN RAYA OLEH AKADEMI PILIHAN RAYA SPR

PUTRAJAYA, 16 Jun – Satu taklimat berkenaan sistem pengurusan pilihan raya diadakan di Bilik Taklimat, Aras 2, Menara SPR hari ini. Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Penolong Setiausaha, Akademi Pilihan Raya, Puan Norlinah binti Jamman adalah sebagai pengisian kepada lawatan 80 orang pelajar serta guru-guru pengiring daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka ke Menara SPR. Taklimat selama 40 minit itu merangkumi topik-topik seperti pengenalan tentang SPR; fungsi-fungsi pilihan raya; dan persempadanan semula bahagian pilihan raya. Selesai sesi taklimat, sesi soal-jawab diadakan untuk membolehkan para pelajar berinteraksi dengan lebih telus; di samping melontarkan kemusykilan mereka tentang sistem pilihan raya di Malaysia. Taklimat diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi.