Jata
Banner
 |  GALERI  |  KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 


 PILIHAN RAYA KECIL P.091 ROMPIN


 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat pada 07 April 2015 berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Parlimen P.091 Rompin, Pahang berikutan penyandangnya, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd Jarjis yang telah meninggal dunia pada 04 April 2015 akibat kemalangan. Sehubungan dengan itu, SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 10 April 2015 telah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut :-

Tarikh Pengeluaran Writ : 10 APRIL 2015
Tarikh Notis Pilihan Raya : 10 APRIL 2015
Tarikh Penamaan Calon : 22 APRIL 2015
Tarikh Pengundian Awal : 30 APRIL 2015
Tarikh Pengundian Biasa : 5 MEI 2015

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan sehingga Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga Tahun 2014 dan dikemaskini sehingga 04 April 2015. Daftar Pemilih tersebut mengandungi 53,294 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 52,744 pemilih biasa, 545 pemilih awal dan lima ( 5 ) orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara

 

Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)