Jata
Banner

PILIHAN RAYA KECIL P.093 SUNGAI BESAR

 |  GALERI  |  KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 


 PILIHAN RAYA KECIL P.093 SUNGAI BESAR


 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat pada 09 Mei 2016 berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Parlimen P.093 Sungai Besar, Selangor berikutan kematian penyandangnya, Yang Berhormat Datuk Noriah binti Kasnon akibat nahas tragedi helikopter pada 5 Mei 2016 di Sebuyau, Sarawak. Sehubungan dengan itu, SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 13 Mei 2016 (Jumaat) telah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut :-

Tarikh Pengeluaran Writ : 13 MEI 2016
Tarikh Notis Pilihan Raya : 14 MEI 2016
Tarikh Penamaan Calon : 5 JUN 2016
Tarikh Pengundian Awal : 14 JUN 2016
Tarikh Pengundian Biasa : 18 JUN 
2016

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2015 yang dikemaskini sehingga 06 Mei 2016 yang diperakui dan diwartakan pada 16 Mei 2016 . Daftar Pemilih tersebut mengandungi 42,655 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 42,365 pengundi biasa, 286 pengundi awal dan empat ( 4 ) orang Pemilih Tidak Hadir Luar Negara