Jata
Banner
 |  GALERI  |  KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 


 PILIHAN RAYA KECIL N. 31 BAGAN PINANG


 

Pilihan Raya Kecil N.31 BAGAN PINANG diadakan berikutan Y.B. Azman bin Mohammad Noor pada 04 September 2009. Berikutan daripada kematian wakil rakyat tersebut, SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 14 September 2009 telah menetapkan tarikh-tarikh pilihan raya seperti berikut :-

Tarikh Kekosongan : 05 September 2009
Tarikh Writ dikeluarkan : 14 September 2009
Tarikh Pengeluaran Notis : 15 September 2009
Tarikh Penamaan Calon : 03 Oktober 2009
Tarikh Pengundian : 11 Oktober 2009

SPR telah menentukan bahawa daftar pemilih yang akan digunakan dalam Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 04 September 2009. Daftar pemilih bagi Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos.

Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)