Jata
Banner
 |  GALERI  |  KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 


 PILIHAN RAYA KECIL N.01 KUALA BESUT


 

Pilihan Raya Kecil DUN N.01 Kuala Besut, Terengganu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri, Y.B. Dr. Haji A. Rahman bin Mokhtar pada 26 Jun 2013 . Berikutan daripada kematian wakil rakyat tersebut, SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 5 Julai 2013 telah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut :-

Tarikh Pengeluaran Writ : 5 JULAI 2013
Tarikh Notis Pilihan Raya : 6 JULAI 2013
Tarikh Penamaan Calon : 12 JULAI 2013
Tarikh Pengundian Awal : 20 JULAI 2013
Tarikh Pengundian Biasa : 24 JULAI 2013

Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2012, Suku Tahun Kedua 2012, Suku Tahun Ketiga 2012, Suku Tahun Keempat 2012 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013 yang telah dikemaskini sehingga 26 Jun 2013.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 17,683 pemilih berdaftar yang terdiri dari 16,534 orang pemilih biasa, 1,134 orang tentera dan pasangan, 14 orang polis dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)