Jata
Banner
 |  GALERI  |  KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 


 PILIHAN RAYA KECIL N.20 SG.LIMAU


 

Pilihan Raya Kecil DUN N.20 Sungai Limau, Kedah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri, Y.B.Tan Sri Azizan bin Abd. Razak pada 26 September 2013. Berikutan daripada kematian wakil rakyat tersebut, SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 3 Oktober 2013 telah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut :-

Tarikh Pengeluaran Writ : 3 OKTOBER 2013 (KHAMIS)
Tarikh Notis Pilihan Raya : 4 OKTOBER 2013 (JUMAAT)
Tarikh Penamaan Calon : 23 OKTOBER 2013 (RABU)
Tarikh Pengundian Biasa : 4 NOVEMBER 2013 (ISNIN)

Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013 dan Suku Tahun Kedua 2013 yang telah dikemaskini sehingga 26 September 2013.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 27,222 pemilih berdaftar yang terdiri dari 27,220 orang pemilih biasa dan 2 orang pengundi tidak hadir luar Negara. Untuk pilihan raya kecil N.20 Sungai Limau, Kedah, tidak ada pengundi-pengundi dalam kategori pengundi awal, iaitu anggota tentera dan polis dalam senarai Daftar Pemilih.

Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)