Jata
Banner
 |  GALERI  |  KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 


PILIHAN RAYA KECIL N.25 KAJANG


 

Pilihan Raya Kecil DUN N.25 Kajang, Selangor diadakan berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Kajang, Selangor Y.B Lee Chin Cheh . Berikutan daripada peletakan jawatan tersebut, SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 5 Februari 2014 telah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut :-

Tarikh Pengeluaran Writ : 5 FEBRUARI 2014 (Rabu)
Tarikh Notis Pilihan Raya : 6 FEBRUARI 2014 (Khamis)
Tarikh Penamaan Calon : 11 MAC 2014 (Selasa)
Tarikh Pengundian Awal : 19 MAC 2014 (Rabu)
Tarikh Pengundian Biasa : 23 MAC 2014 (Ahad)

Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013, Suku Tahun Kedua 2013 dan Suku Tahun Ketiga 2013 yang telah dikemaskini sehingga.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 39,278 pemilih berdaftar yang terdiri dari 38,055 orang pemilih biasa, 1,197 pengundi awal dan 26 orang pengundi tidak hadir luar negara.

Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)