Jata
Banner
 |  GALERI  |  KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 


 PILIHAN RAYA KECIL N.51 BALINGIAN


 

Pilihan Raya Kecil DUN N.51 Balingian, Sarawak diadakan kerana pengosongan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.51 Balingian,Sarawak oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari 2014. Berikutan daripada pengosongan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tersebut, SPR telah menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan mulai pada 1 Mac 2014 yang diputuskan oleh SPR hari ini bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 6 Mac 2014 telah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut :-

Tarikh Pengeluaran Writ : 6 MAC 2014 (Khamis)
Tarikh Notis Pilihan Raya : 7 MAC 2014 (Jumaat)
Tarikh Penamaan Calon : 17 MAC 2014 (Isnin)
Tarikh Pengundian Awal : 25 MAC 2014 (Selasa)
Tarikh Pengundian Biasa : 29 MAC 2014 (Sabtu)

Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013, Suku Tahun Kedua 2013, Suku Tahun Ketiga 2013 dan Suku Tahun Keempat 2013 yang telah dikemaskini sehingga 27 Februari 2014.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 13,366 pemilih berdaftar yang terdiri dari 13,233 orang pemilih biasa, 133 pengundi awal.

Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)