Jata
Banner

PIAGAM PELANGGAN OPERASI

1. BELAH BAHAGI

  • Memastikan pembetulan dan pindaan lokaliti dilakukan dalam tempoh 2 minggu selepas menerima maklumat dari Pejabat Pilihan Raya Negeri.

  • Memastikan laporan pembentangan yang terlibat dengan urusan belah bahagi disiapkan sebulan selepas Mesyuarat Belah Bahagi.

  • Memastikan nombor pelan warta diperolehi daripada PPN dua minggu selepas Mesyuarat Pembentangan Belah Bahagi diadakan.

  • Memastikan daerah-daerah mengundi baru diwartakan sebulan selepas diluluskan oleh SPR.

2. PERSEMPADANAN

  • Menyelesaikan kajian dan persempadanan semula bahagian Pilihan Raya di dalam tempoh 8 bulan dari tarikh urusan itu dimulakan secara rasmi.

3.  PENDAFTARAN

  • Memproses setiap satu permohonan untuk mendaftar sebagai Pemilih Baru atau Pertukaran Alamat Pusat Mengundi dalam masa kurang daripada 5 minit.

  • Memproses setiap satu Nota Perakuan untuk tujuan Pembetulan Maklumat Pemilih dalam masa kurang daripada 3 hari.

  • Memproses setiap satu Nota Perakuan untuk tujuan Pemotongan Maklumat Pemilih dalam masa kurang daripada 3 hari.

4.  PENJALANAN PILIHAN RAYA

  • Mengadakan sekurang-kurangnya satu pusat mengundi di setiap daerah mengundi.

  • Memastikan setiap tempat mengundi mengendalikan bilangan maksimum 700 orang pengundi.

  • Memastikan tempoh mengundi bagi setiap pengundi tidak melebihi lima minit dari masa seseorang pengundi itu memasuki tempat mengundi.

  • Memberi keutamaan dan menyediakan kemudahan kepada pengundi-pengundi cacat dan kurang upaya.

  • Memastikan urusan pengiraan undi di tempat mengundi diselesaikan dua jam selepas tamat tempoh pengundian