Jata
Banner

myIDENTITY: SPR TERIMA PENGHARGAAN MAMPU

PUTRAJAYA, 9 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini telah menerima penghargaan khas daripada Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) kerana telah menjayakan perlaksanaan myIDENTITY bagi tahun 2015. Pada tahun ini, sebanyak enam (6) agensi terlibat dalam pelaksanaan projek tersebut, iaitu SPR; Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP); Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Jabatan Tenaga Kerja (JTK); Polis Di-Raja Malaysia (PDRM); dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Projek myIDENTITY telah bermula sejak tahun 2011.

MyIdentity merupakan satu kemudahan yang disediakan bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan tanpa memerlukan pengguna memberi maklumat berulang kali. Setiausaha SPR, Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Ghani bin Salleh telah hadir ke Majlis Penghargaan tersebut bagi menerima penghargaan itu. Anugerah penghargaan itu telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertempat di Auditorium JPM.