Jata
Banner

 |  PENDAFTARAN PEMILIH  |  SUDAH DAFTAR

 

SUDAH DAFTAR

PEMERAKUAN PENDAFTARAN PEMILIH

Daftar pemilih tambahan disediakan setiap suku tahun dan setiap daftar pemilih tambahan diperakukan apabila selesainya urusan pameran, tuntutan dan bantahan. Selepas tamat sesuatu suku tahun, masa yang diambil untuk memperakukan Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun berkenaan adalah 6 hingga 8 minggu. Hanya selepas daftar pemilih tersebut diperakukan barulah ia boleh digunakan dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Tempoh urusan pendaftaran dan penyediaan daftar pemilih bagi setiap suku tahun jelas menunjukkan proses ini.

(a)
Tempoh Proses Pendaftaran dan Perakuan Suku Pertama
(b)
Tempoh Proses Pendaftaran dan Perakuan Suku Kedua
(c)
Tempoh Proses Pendaftaran dan Perakuan Suku Ketiga
(d)
Tempoh Proses Pendaftaran dan Perakuan Suku Keempat

PEMBETULAN MAKLUMAT PEMILIH

Maklumat yang boleh diperbetulkan adalah seperti yang berikut:

(a)
Nombor kad pengenalan pemilih;
(b)
Nama pemilih;
(c)
Alamat pemilih; dan
(d)
Lokaliti pemilih.


Sekiranya pemilih itu menyemak namanya dalam daftar pemilih dan mendapati terdapat kesilapan pada maklumatnya maka, beliau perlulah mengemukakan aduan rasmi secara bertulis kepada SPR meminta supaya maklumat tersebut diperbetulkan dengan melampirkan bukti-bukti yang jelas berhubungan dengan kesilapan tersebut dan sumber untuk pembetulan.Masyarakat pengundi adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan SPR berhubungan dengan kesilapan maklumat-maklumat dalam daftar pemilih. Untuk membuat pembetulan, sila klik di sini