Jata
Banner
 |  SOALAN LAZIM : PENJALANAN PILIHAN RAYA


SOALAN LAZIM : PENJALANAN PILIHAN RAYA

 

1 Q: Apakah yang melayakkan seseorang untuk keluar mengundi?
  A: Warganegara Malaysia yang layak yang telah berdaftar sebagai pemilih dan namanya terdapat dalam Daftar Pemilih yang digunakan dalam pilihan raya.
       
2 Q: Berapakah jumlah wang deposit pilihan raya yang perlu dibayar untuk bertanding bagi Parlimen dan DUN?
  A: Jumlah deposit adalah seperti berikut:
    - RM 10,000 untuk deposit calon Parlimen
    - RM 5,000 untuk deposit bahan kempen Parlimen
    - RM 5,000 untuk deposit calon DUN
    - RM 3,000 untuk deposit bahan kempen DUN
       
3 Q: Bagi seseorang calon yang ingin bertanding untuk kawasan DUN dan Parlimen, perlukah dia membayar kedua-dua deposit calon untuk DUN dan Parlimen?
  A: Ya, calon yang ingin bertanding bagi DUN dan Parlimen perlu membayar deposit calon bagi DUN sebanyak RM 5,000 dan deposit calon bagi Parlimen sebanyak RM 10,000.
       
4 Q: Di mana calon patut membayar deposit dan berapa jumlah bayaran?
  A: Kedua-dua deposit pilihan raya dan deposit bahan kempen boleh dibayar di Pusat Penamaan Calon atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Bahagian Pilihan Raya berkenaan. Jumlah deposit berkenaan adalah seperti berikut :
    i) Deposit Pilihan Raya :- Parlimen : RM 10,000
      DUN : RM 5,000
    ii) Deposit Bahan Kempen :- Parlimen : RM 5,000
      DUN : RM 3,000
       
       
5 Q: Di manakah pusat penamaan calon dan pukul berapa penamaan calon dibuka?
  A:
Pusat penamaan calon biasanya ditetapkan di Pejabat-pejabat Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Dewan Orang Ramai, bangunan-bangunan sekolah atau tempat-tempat tertentu yang difikirkan sesuai oleh SPR.
Penyerahan Kertas Penamaan Calon dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. 
       
6 Q: Bagaimanakah cara untuk seseorang pemilih berdaftar Membuat semakan untuk mengetahui tempat mengundi yang betul untuknya?
  A: Pemilih yang berdaftar dengan SPR boleh membuat semakan dalam Portal Rasmi SPR di alamat www.spr.gov.my, atau menghubungi Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-8885 6500) atau Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui SMS yang dibuka semasa musim pilihan raya.
       
7 Q: Mengapakah sesetengah pusat mengundi mempunyai beberapa saluran?
  A: Pusat Mengundi (sama ada bangunan sekolah, dewan, balai raya , khemah atau sebagainya) mempunyai beberapa saluran Tempat Mengundi untuk menampung jumlah pengundi berdaftar yang ramai di kawasan tersebut. Setiap satu saluran Tempat Mengundi, SPR menetapkan tidak lebih daripada 700 nama pengundi. Dengan cara ini, masalah kesesakan di sesuatu saluran dapat dikawal dan para pengundi tidak perlu menunggu lama untuk membuang undi.
       
8 Q: Bilakah bermulanya waktu membuang undi?
  A: Pada hari pengundian, masa untuk mengundi bagi kebanyakan Tempat Mengundi ialah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Walau bagaimanapun, bagi kawasan pedalaman, SPR menetapkan supaya tempat-tempat mengundi terbabit dibuka lewat dan ditutup lebih awal mengikut masa yang diumumkan oleh SPR.
       
9 Q: Apakah dokumen yang perlu di bawa untuk membuang undi?
  A: Dokumen yang diperlukan ialah Kad Pengenalan sama ada My Kad atau Kad Pengenalan lama sama ada KPT atau Kad Pengenalan Plastik Biru. Jika kehilangan Kad Pengenalan, pemilih berdaftar juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Dokumen-dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri ialah :
    - Pasport Malaysia Terhad
    - Pasport Malaysia
    - Lesen Memandu yang bergambar
    - Kad Rasmi Pengenalan Diri yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor Kad Pengenalan dan gambar pemegangnya.
       
10 Q: Bagi pemilih yang telah mengetahui nombor saluran Tempat Mengundi, adakah perlu menyemak semula di barung SPR?
  A: Pada hari pengundian, pemilih yang telah mengetahui nombor saluran tempat mengundi tidak perlu berbaris di barung untuk menyemak nombor salurannya. Beliau hendaklah terus ke saluran yang berkenaan dan menunggu gilirannya untuk mengundi.
       
11 Q: Bilakah boleh dituntut deposit pilihan raya?
  A: (i) Deposit pilihan raya boleh dituntut selepas Keputusan Pilihan Raya diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus jika calon memperolehi lebih daripada 1/8 dari jumlah undi yang diterima oleh calon-calon yang bertanding.
    (ii) Deposit bahan kempen boleh dituntut selepas semua bahan kempen dibersihkan oleh calon terbabit dan disahkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
       
12 Q: Adakah SPR menyediakan saluran khas di tempat mengundi untuk warga tua, orang kurang upaya dan wanita mengandung?
  A: Pada hari pengundian, SPR menyediakan saluran khas, iaitu Saluran 1 untuk warga emas. Manakala bagi wanita yang mengandung dan pengundi kurang upaya, Ketua Tempat Mengundi diberi kuasa untuk memberi keutamaan kepada mereka untuk masuk ke tempat mengundi supaya mereka tidak perlu menunggu lama di luar.
       
13 Q: Seseorang ingin bertanding untuk DUN dan Parlimen di mana tempat penamaan calon adalah 2 tempat yang berbeza dan berjauhan. Bagaimanakah cara mengatasainya?
  A: SPR akan sedaya upaya memastikan dalam pilihan raya serentak yang melibatkan parlimen dan DUN, pusat penamaan calon akan ditetapkan di tempat (bangunan) yang sama. Walau bagaimanapun, jika ia terpaksa dibuat di dua tempat yang berbeza, jika tidak dapat hadir sendiri, Kertas Penamaan boleh diserahkan oleh pencadang atau penyokongnya atau oleh kedua-dua mereka.
       
14 Q: Orang ingin mengundi tetapi namanya telah di tanda sebagai telahpun keluar mengundi?
  A: Beliau tidak boleh mengundi.
       
15 Q: Adakah seseorang boleh menggunakan Kad Pengenalan orang lain untuk mengundi?
  A: Tidak dibenarkan.
       
16 Q: Kenapa elaun petugas pilihan raya lambat diterima?
  A: Pejabat Pilihan Raya Negeri perlu memproses bayaran mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan oleh Perbendaharaan. Kelewatan boleh berlaku bilamana terdapat kesilapan maklumat No. Akaun atau No. Kad Pengenalan atau Nama Petugas.
       
17 Q: Sekiranya seseorang tidak dibenarkan membuang undi, di manakah beliau sepatutnya membuat laporan?
  A: Laporan boleh di buat di Balai Polis berdekatan.
       
18 Q: Bolehkah orang mengundi bagi pihak orang lain?
  A: Tidak boleh, Walau bagaimanapun, dalam kes tertentu yang melibatkan pengundi cacat penglihatan, pengundi perlu ditemani oleh seorang yang dipercayai oleh pengundi untuk membantunya untuk memangkah kertas undi dengan syarat orang itu perlu mengisi Borang 10 terlebih dahulu.
       
19 Q: Kenapa penggunaan pen tidak dibenarkan untuk menandakan kertas undi?
  A: Penggunaan pen dibenarkan tetapi bagi memudahkan pengundi maka disediakan pensil di tempat mengundi.
       
20 Q: Jika seseorang pengundi telah menandakan kertas undi sehingga di luar petak undi, adakah kertas undi tersebut diterima?
  A: Kertas undi tersebut boleh diterima selagi niat pemilih untuk memilih calon pilihannya adalah jelas ditanda didalam petak yang dikhaskan.
       
21 Q: Bolehkan orang yang mendaftar di Sabah dan Sarawak tetapi bermastautin di Semenanjung memohon mengundi secara pos?
  A: Tidak boleh kecuali mereka yang tertakluk di bawah Peraturan 3(1)(a)-(f), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Pengundian Pos ) 2003.