Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Bagaimana Mengundi Pos Dalam Negara

Heading

Heading

BAGAIMANA MENGUNDI POS DALAM NEGARA

Bagi anggota ATM, PDRM, Media dan Petugas Pilihan Raya, permohonan kertas undi pos perlu dikemukakan melalui majikan masing-masing. Ketua Jabatan ATM, PDRM akan melantik Pegawai Penyelaras atau Pegawai Yang Bertanggungjawab untuk menyelaraskan permohonan undi pos oleh mereka dalam kategori ini. Permohonan dibuka pada hari pembubaran dewan dan berakhir pada hari kedua selepas Hari Penamaan Calon.

Bagi anggota ATM, dan PDRM, Borang 1A yang telah siap Bagi anggota ATM, dan PDRM, Borang 1A yang telah siap diisi perlu dikemukakan untuk pengesahan daripada majikan. Selepas mendapat pengesahan majikan, borang tersebut perlu dihantar kepada Pegawai Yang Bertanggungjawab. Menjadi tanggungjawab Pegawai Yang Bertanggungjawab untuk menghantar borang tersebut ke pejabat Pegawai Pengurus yang berkaitan.

Bagi anggota media, Borang 1A yang telah siap diisi perlu dikemukakan untuk pengesahan daripada majikan. Selepas mendapat pengesahan majikan, borang tersebut perlu dihantar terus ke pejabat Pegawai Pengurus. Alamat pejabat Pegawai Pengurus boleh didapati melalui Portal Rasmi SPR.

Bagi petugas pilihan raya, Borang 1A yang telah siap diisi perlu dikemukakan untuk pengesahan daripada Pegawai Pengurus di Bahagian Pilihan Raya di mana beliau bertugas untuk diperakukan. Pegawai Pengurus tersebut akan menghantar permohonan ke pejabat Pegawai Pengurus yang berkaitan.

 

BAGAIMANA MEMOHON UNDI POS LUAR NEGARA

Warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih boleh memohon untuk mengundi secara pos. Permohonan boleh dibuat menggunakan Borang 1B. Borang 1B boleh dimuat turun daripada Portal Rasmi SPR www.spr.gov.my . Setelah Borang 1B diisi, borang boleh dihantar ke Unit Pengurusan Undi Pos Ibu Pejabat SPR atau singkatannya UPUP. Sebaik menerima borang, UPUP akan merujuk permohonan tersebut kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan permohonan tersebut memenuhi syarat kelayakan.

Setelah menerima maklum balas daripada Jabatan Imigresen, UPUP akan memperakukan permohonan tersebut. Borang-borang yang telah siap diproses akan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus. Di Pejabat Pegawai Pengurus, borang-borang akan disemak dengan daftar pemilih pilihan raya dan seterusnya sampul-sampul undi pos disediakan untuk proses pengeluaran dan pengedaran sampul undi pos kepada pemohon yang berjaya. Kepada pemohon yang tidak berjaya, mereka akan dimaklumkan oleh Pegawai Pengurus. Bagi golongan ini, mereka tidak layak mengundi secara pos dan perlu hadir di tempat mengundi pada hari pengundian.