Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Bahagian Operasi

Heading

Heading

  1. PERSEMPADANAN
    • Menyelesaikan urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya dalam tempoh dua (2) tahun daripada tarikh pewartaan notis bermulanya urusan tersebut.
    • Mengemaskini maklumat daerah mengundi dalam tempoh 30 hari selepas Perintah Persempadanan yang baharu diwartakan.
    • Menetapkan lokaliti berpandukan alamat pada kad pengenalan dan sistem maklumat geografi.
       
  2. PENDAFTARAN
    • Memproses setiap satu permohonan untuk mendaftar sebagai Pemilih Baru atau Pertukaran Alamat Pusat Mengundi dalam masa kurang daripada lima (5) minit.
    • Memproses setiap satu Nota Perakuan untuk tujuan pembetulan maklumat pemilih dalam masa kurang daripada tiga (3) hari.
    • Memproses setiap satu Nota Perakuan untuk tujuan pemotongan maklumat pemilih dalam masa kurang daripada tiga (3) hari.
       
  3. PENJALANAN PILIHAN RAYA
    • Mengadakan sekurang-kurangnya satu pusat mengundi di setiap daerah mengundi.
    • Memastikan setiap tempat mengundi mempunyai bilangan maksimum 700 orang pengundi.
    • Memastikan tempoh mengundi bagi setiap pengundi tidak melebihi lima (5) minit dari masa seseorang pengundi itu memasuki tempat mengundi.
    • Memberi keutamaan dan menyediakan kemudahan kepada pengundi-pengundi cacat dan kurang upaya.
    • Memastikan urusan pengiraan undi di tempat mengundi diselesaikan selepas tamat tempoh pengundian