Heading

  
  • Heading

                  
  • Heading

Mesyuarat Khas Dan Sidang Media Pilihan Raya Kecil Parlimen P.044 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Heading

Heading

PUTRAJAYA, 8 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil Parlimen P.044 Permatang Pauh, Pulau Pinang bagi membincangkan proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.044 Permatang Pauh, Pulau Pinang bertempat di Menara SPR. Pilihan Raya Kecil perlu bagi kekosongan kerusi bahagian pilihan raya berikutan penyandangnya, Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang telah hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau pada 16 Mac 2015 bersabit hukuman penjara yang dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Mesyuarat khas hari ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof. Pada mesyuarat ini, SPR menetapkan bahawa tarikh penamaan calon dibuat pada 25 April 2015, manakala tarikh Undi Awal ditetapkan pada 3 Mei 2015. Bagi undi biasa pula, mesyuarat menetapkan tarikh pada 7 Mei 2015. Sejurus selepas Mesyuarat Khas berkenaan, satu sidang media diadakan di Dewan Serbaguna, Menara SPR bagi mengumumkan tarikh-tarikh berkenaan. Turut serta pada sidang media itu adalah Timbalan Pengerusi SPR, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Urusetia SPR dan Pegawai Pengurus yang dilantik iaitu Tuan Haji Jusni bin Haji Ismail, Pegawai Daerah dari Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah.

MESYUARAT KHAS DAN SIDANG MEDIA PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN P.044 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG