AKADEMI PILIHAN RAYA
Ditubuhkan pada tahun 2007 dan distruktur semula pada tahun 2016, Akademi Pilihan Raya (APR) diperkuatkan dengan 11 orang pegawai serta disokong oleh 19 orang kakitangan.
TRAIN-EDUCATE-PROMOTE :
Melalui tiga fungsi utama iaitu melatih, mendidik dan mempromosi, APR berperanan sebagai pusat informasi dan rujukan utama berkaitan pilihan raya Malaysia selain memperkasa penglibatan rakyat dalam proses pilihan raya.
Objektif utama APR adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga SPR, petugas-petugas pilihan raya, parti-parti politik dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pilihan raya selain menjadi medium perhubungan di antara Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dengan masyarakat.
PENGURUSAN LATIHAN-PENDIDIKAN PENGUNDI- KOMUNIKASI STRATEGIK-PENDAFTAR :
Empat komponen utama di bawah APR adalah:
Kumpulan sasar Program Pengurusan Latihan adalah seperti berikut:
Kumpulan sasar Program Pendidikan Pengundi adalah seperti berikut:
GALERI TAN SRI ABDUL AZIZ DAN PUSAT SUMBER :
GALERI TAN SRI ABDUL AZIZ DAN PUSAT SUMBER
Galeri Tan Sri Abdul Aziz menjadi antara pusat rujukan utama bagi mendapatkan informasi mengenai pilihan raya di Malaysia dan turut menempatkan ruangan untuk sesi simulasi proses pengundian yang merupakan sudut “wajib lawat” yang sering mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan pengunjung.
Galeri Tan Sri Abdul Aziz :
Lokasi : Aras G, Menara SPR
Waktu Operasi :
Pusat Sumber SPR :
Lokasi : Aras 3, Menara SPR
Waktu Operasi :
Pihak yang berminat untuk mengadakan program lawatan secara berkumpulan ke Galeri Tan Sri Abdul Aziz dan Pusat Sumber SPR, boleh menghubungi urus setia melalui e-mel akademipilihanraya@spr.gov.my
Program Latihan Pengurusan Pilihan Raya :
* Pegawai Pengurus (PP)
* Penolong Pegawai Pengurus (PPP)
* Pengurusan Undi Pos
* Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR)
* Pengawai Penyelaras (PPy) & Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB) Polis & Tentera
* Pembantu Pilihan Raya (PPR)
* Penyelia Pusat Mengundi (PPM)
* Ketua Tempat Mengundi (KTM)
* Kerani Pengundian & Mengira Undi (KPMU)
* Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP)
* Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM)
* Polis Diraja Malaysia (PDRM)
* Media
* Parti Politik
* Pemerhati Pilihan Raya
* Agensi-agensi Kerajaan
* Badan Bukan Kerajaan (NGO)
* Orientation Camp (OC)
* Election Camp (EC)
* Registration Camp (RC)
* Delimitation Camp (DC)
* Training Of Trainer (TOT)
Program Pendidikan Pengundi (VE) :
Silibus dan Modul Pembelajaran VE yang telah dirangka dan diselaraskan mengikut tiga peringkat kumpulan sasar:
Terbuka kepada mahasiswa/i institut pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, parti politik dan pihak berkepentingan yang lain. Silibus VE-T melibatkan asas dan sistem pilihan raya di Malaysia, penerangan ringkas mengenai SPR serta proses pilihan raya di Malaysia. Peserta juga akan didedahkan mengenai tanggungjawab pengundi serta terlibat dalam simulasi proses pengundian.
Terbuka kepada pelajar sekolah menengah. Silibus VE-M termasuk pengenalan kepada punca kuasa SPR, sejarah pilihan raya, dan penjelasan mengenai proses pilihan raya. Peserta juga akan terlibat dalam simulasi proses pengundian.
Terbuka kepada pelajar sekolah rendah. Silibus VE-R lebih ringkas mengenai keperluan untuk memilih mengikut kehendak individu, membuat pilihan berdasarkan undian dan peserta akan terlibat dalam aktiviti simulasi pemilihan ketua pelajar.
Pihak yang berminat untuk menjemput Akademi Pilihan Raya menyampaikan taklimat mengenai proses pilihan raya di Malaysia atau ingin mengikuti program latihan/ pendidikan pengundi yang dianjurkan oleh Akademi Pilihan Raya, boleh menghubungi urus setia melalui e-mel akademipilihanraya@spr.gov.my
Penafian : Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) adalah tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Hakcipta © 2024 SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA. | Hak Cipta Terpelihara.