Bagaimana Untuk Menjadi Wakil Rakyat?
Sekiranya anda berhasrat untuk menjadi seorang wakil rakyat dalam Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN), maka anda mestilah dicalonkan dan mendapat undi majoriti dalam pilihan raya di kawasan anda bertanding.
Syarat Kelayakan Menjadi Calon
Calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya perlu membayar Deposit Pilihan Raya seperti berikut:
Pilihan Raya Parlimen: RM10,000.00
Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri: RM5,000.00
Deposit ini perlu dibayar kepada Pegawai Pengurus atau Pengarah Pilihan Raya Negeri selewat-lewatnya pada jam 10.00 pagi pada Hari Penamaan Calon. Deposit boleh dibayar dalam bentuk tunai atau draf bank. Calon yang gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon dalam bahagian pilihan raya tersebut akan kehilangan deposit ini.
Jika wang deposit tidak disertakan, kertas penamaannya dianggap sebagai tidak lengkap dan Pegawai Pengurus berkuasa untuk tidak menerima kertas penamaan tersebut.
Deposit Bahan Kempen Pilihan Raya
Calon perlu membayar Deposit Bahan Kempen kepada SPR sebanyak:-
Pilihan Raya Parlimen: RM5,000.00
Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri: RM3,000.00
Selain itu, calon juga perlu membayar deposit kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Bahagian Pilihan Raya tersebut untuk pemasangan poster/banner.
Calon juga perlu mendapatkan kelulusan atau permit polis untuk mengadakan ceramah terbuka.
Calon yang gagal mengemukakan deposit bahan kempen adalah tidak dibenarkan untuk memasang atau mempamer sebarang bahan kempen pilihan raya. Jika disabit kesalahan di bawah Sekyen Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan perkara tersebut, Calon berkenaan boleh dihukum penjara selama tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
Calon adalah dibenarkan melawat tempat-tempat berikut:




Penafian : Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) adalah tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Hakcipta © 2025 SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA. | Hak Cipta Terpelihara.
Pautan PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI