PERMOHONAN UNDI POS BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN SABAH KE-17_2
- PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1A (DALAM NEGARA)
- Permohonan undi pos Kategori 1A (Dalam Negara) adalah untuk pemilih-pemilih dalam kategori berikut yang tidak dapat hadir pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi:
- Anggota/Pegawai SPR;
- Petugas Pilihan Raya;
- Anggota Polis yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi;
- Anggota Tentera yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi; dan
- Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya.
2. PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA)
Permohonan undi pos Kategori 1B (Luar Negara) adalah untuk pemilih-pemilih yang tinggal di luar negara.3. PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1C (AGENSI/ORGANISASI)
Permohonan undi pos Kategori 1C (Agensi/Organisasi) adalah untuk pemilih-pemilih dalam kategori berikut yang tidak dapat hadir pada Hari Mengundi kerana bertugas:
- Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR);
- Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
- Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
- Anggota Jabatan Penjara Malaysia
- Anggota Jabatan Kesihatan;
- Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
- Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM);
- Anggota Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA);
- Anggota Jabatan Pendaftaran Negara – Urban Transformation Centre (UTC); atau
- Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).
KAEDAH MEMOHON UNDI POS BAGI KATEGORI 1A, 1B DAN 1C:
Pemilih-pemilih yang layak untuk memohon undi pos hendaklah mendaftar akaun MySPR dan memohon undi pos di https://myspr.spr.gov.my/login
PANDUAN PERMOHONAN UNDI POS SECARA DALAM TALIAN (ONLINE):
- Kategori 1A: Anggota/Pegawai SPR
- Kategori 1A: Petugas Pilihan Raya
- Kategori 1A: Anggota Polis
- Kategori 1A: Anggota Tentera
- Kategori 1A: Petugas Media
- Kategori 1B: Luar Negara (Bahasa Melayu)
- Kategori 1B: Luar Negara (Bahasa Inggeris)
- Kategori 1C: Agensi/Organisasi
TARIKH TUTUP PERMOHONAN UNDI POS:
AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN
PERTANYAAN BERKENAAN UNDI POS:
Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP)
Aras 5, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : +603 8892 7080
Email : upup@spr.gov.my atau upup1c@spr.gov.my