- DAFTARÂ PEMILIHÂ TAMBAHANÂ BULANÂ SEPTEMBERÂ 2026Â (DPTÂ BLN9/2026)
Anak Bukit, 22 Oktober 2026 – Sukacita dimaklumkan bahawa DPT BLN9/2026 telah diperaku dan diwartakan pada 22 Oktober 2026.
DPT BLN9/2026 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 22 Oktober 2026 hingga 20 November 2026.
DPT BLN9/2026 ini mengandungi seperti berikut:
- 44,987 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 September 2026 hingga 30 September 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
- 21,720 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
- 4,805 orang pemilih bertukar kategori pengundi/ status.
DPT BLN9/2026 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
- Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;Â
- Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;Â
- Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
- Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.
Senarai Daftar Pemilih Tambahan Bulan September 2026 (DPT BLN9/2026), sila klik di sini.
MAKLUMATÂ TUNTUTANÂ DANÂ BANTAHAN
TUNTUTANÂ
- Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 September 2026 hingga 30 September 2026 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi/status dalam tempoh 1 September 2026 hingga 30 September 2026 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN9/2026 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
- Selain itu, mana- mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN9/2026 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
- TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.
BANTAHANÂ
- Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
- BANTAHAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my.
- Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
- Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.
Borang Tuntutan dan Borang Bantahan boleh dimuat turun daripada senarai di bawah:
