KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI DALAM NEGERI SARAWAK KALI KETUJUH
- Syor Pertama Kajian Semula Persempadanan (KSP) Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan Dan Negeri Dalam Negeri Sarawak Kali Ketujuh akan dibuka untuk semakan bermula 1 hingga 30 September 2026 selama 30 hari.
- Syor Pertama Kajian Semula Persempadanan ini mengandungi seramai 2,037,648 pemilih berdasarkan Daftar Pemilih Induk Tahun 2025 yang diwartakan pada 29 Januari 2026 [P.U. (B) 35/2026].
- Syor kajian semula persempadanan ini boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
- a. Portal KSP di pautan https://myst.spr.gov.my/ ; atau
- b. 44 lokasi pemeriksaan awam yang telah ditetapkan.
- Representasi mengenai syor ini boleh dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak melalui kaedah-kaedah berikut:
REPRESENTASI SOKONGAN
-
- a. Muat turun borang di Borang Representasi.
- b. Bagi kategori 100 Pemilih, wakil perlu mengisi borang representasi dengan lengkap terlebih dahulu.
- c. Daftar masuk pemilih yang menyokong syor KSP melalui pautan https://myst.spr.gov.my/ . Wakil dinasihatkan mendapatkan
sokongan 100 orang pemilih bagi mengemukakan representasi ini. - d. Borang representasi dan dokumen sokongan lain (sekiranya berkenaan) hendaklah dimuat naik ke dalam pautan.
REPRESENTASI BANTAHAN
-
- a. Muat turun borang di Borang Representasi.
- b. Bagi kategori 100 Pemilih, wakil perlu mengisi borang representasi dengan lengkap terlebih dahulu. Maklumat 100 orang pemilih
dalam bahagian pilihan raya yang terkesan adalah mandatori bagi melayakkan sesi siasatan tempatan diadakan bagi representasi
bantahan ini. - c. Kunci masuk maklumat representasi bantahan syor KSP melalui pautan https://myst.spr.gov.my/ .
- d. Tiga (3) orang jurucakap perlu dilantik bagi setiap representasi bantahan ini adalah dikalangan 100 orang.
- e. Borang representasi yang lengkap ditandatangani dan maklumat terperinci bantahan hendaklah dimuat naik ke dalam pautan.
- Sila hubungi Hotline KSP Negeri Sarawak di talian 082 549420 atau emel ke ksp@spr.gov.my sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.