KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) KEPADA PENGERUSI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (SPR)

PUTRAJAYA, 4 Mei 2026 (Isnin) – YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL pada 4 Mei 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Gerakan, Aras 9, Menara SPR, Putrajaya.

Semasa kunjungan hormat ini perbincangan berkisar mengenai penglibatan aktif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam urusan pilihan raya khususnya bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 memandangkan DBKL merupakan salah satu rakan strategik penting dalam memastikan kelancaran urusan pilihan raya berkenaan. [seterusnya]

Similar Posts