LAPORAN BENGKEL PENGURUSAN KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN (KSP) PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR

Pada 19 sehingga 21 Jun 2025, Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Johor telah mengadakan bengkel pengurusan Kajian Semula Persempadanan di INTAN Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang, Johor. Bengkel yang melibatkan semua kakitangan operasi PPN Johor diadakan adalah untuk memberi pendedahan secara teori dan praktikal berkaitan pelaksanaan Kajian Semula Persempadanan (KSP) dan siasatan tempatan selain perkongsian pengalaman oleh pegawai yang terlibat dalam proses KSP sebelum ini.

Bahagian Persempadanan, Ibu Pejabat SPR turut dijemput bagi menyampai dua sesi ceramah iaitu Sesi 1: Urusan Kajian Semula Persempadanan – Pengenalan, Amalan Terbaik dan Kaedah Menyempadankan Bahagian Pilihan Raya dan Sesi 2: Tatacara dalam menjalankan urusan Kajian Semula Persempadanan yang telah disampaikan oleh Encik Harianto Saleh, Penolong Setiausaha, Bahagian Persempadanan.

Bengkel ini berjaya meningkatkan kefahaman peserta terhadap proses pelaksanaan KSP yang sistematik, telus dan patuh kepada kehendak perundangan, sekaligus memperkukuh kesiapsiagaan Suruhanjaya dalam melaksanakan salah satu fungsi utama SPR ini dengan berkesan.

Similar Posts