LAPORAN SIMULASI DAN LATIHAN PENGGUNAAN SUB MODUL KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN (KSP) DAN SIASATAN TEMPATAN (ST) DI PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI

Bahagian Persempadanan, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bersama-sama Seksyen Egis, Bahagian Pengurusan Maklumat telah mengadakan sesi latihan penggunaan dan simulasi Sub Modul Kajian Semula Persempadanan (KSP) dan Sub Modul Siasatan Tempatan (ST) dalam Modul Persempadanan, Sistem MySPR seperti butiran berikut;

    • Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor pada 11 hingga 13 Jun 2025
    • Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 17 hingga 19 Jun 2025

Sesi ini bertujuan untuk memastikan kedua-dua Sub Modul KSP dan ST yang telah dibangunkan berfungsi seperti yang diharapkan dan dapat digunakan dengan lancar oleh pengguna. Selain itu, sesi ini bertujuan untuk memberikan latihan penggunaan mengikut peranan masing-masing kepada kakitangan operasi di Pejabat Pilihan Raya Negeri yang terlibat.

Similar Posts