PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MA’AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1447H/2025M
Kuala Lumpur, 29 Jun 2025 (Jumaat) – Bahagian Pendaftaran Pemilih (PD), Ibu Pejabat SPR telah menerima jemputan mengadakan pameran sempena Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M bertempat di Malaysian International Trade and Exhibition Centre (MiTEC), Kuala Lumpur. Kaunter Pendaftaran Pemilih telah dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan seramai 5 orang petugas yang turut merupakan peserta kontinjen Ma’al Hijrah Ibu Pejabat SPR.
Pembukaan kaunter tersebut telah berjaya memberi perkhidmatan dan menyampaikan maklumat berkenaan dengan SPR terutamanya berkaitan dengan Pendaftaran Pemilih. Adalah diharapkan dengan wujudnya program kerjasama sebegini dapat meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan tanggungjawab sebagai pemilih dan memberi pendedahan berkenaan SPR.