PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH SEMPENA PROGRAM FITNESS KOMUNITI BERSAMA AHLI MAJLIS SEPANG

PUTRAJAYA, 08 Februari 2026 (Ahad) – Bahagian Pendaftaran Pemilih (PD), Ibu Pejabat SPR telah menerima jemputan membuka kaunter pendaftaran pemilih sempena Program Fitness Komuniti Bersama Ahli Majlis Sepang bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dengkil.  Kaunter Pendaftaran Pemilih telah dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang dengan seramai 4 orang petugas.

Pembukaan kaunter tersebut telah berjaya memberi perkhidmatan dan menyampaikan maklumat berkenaan dengan SPR terutamanya berkaitan dengan Pendaftaran Pemilih. Adalah diharapkan dengan wujudnya program kerjasama sebegini dapat meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan tanggungjawab sebagai pemilih serta memberi pendedahan berkenaan SPR.

 

Similar Posts