PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH SEMPENA PROGRAM HARI BERSAMA AGENSI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA DAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
PUTRAJAYA, 10 Mei 2026 (Ahad) – Bahagian Pendaftaran Pemilih (PD), Ibu Pejabat SPR telah menerima jemputan membuka kaunter pendaftaran pemilih sempena Program Hari Bersama Agensi Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negara bertempat di Surau An Nur, Bandar Saujana Putra, Selangor. Kaunter Pendaftaran Pemilih telah dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan seramai 4 orang petugas.
Pembukaan kaunter tersebut telah berjaya memberi perkhidmatan dan menyampaikan maklumat berkenaan dengan SPR terutamanya berkaitan dengan Pendaftaran Pemilih. Adalah diharapkan dengan wujudnya program kerjasama sebegini dapat meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan tanggungjawab sebagai pemilih serta memberi pendedahan berkenaan SPR.












Pelawat Hari Ini : 3096
Jumlah Pelawat Tahun Ini : 373378