PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH SEMPENA PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI BERSAMA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM
PUTRAJAYA, 09 Februari 2026 (Isnin) – Bahagian Pendaftaran Pemilih (PD), Ibu Pejabat SPR telah menerima jemputan membuka kaunter pendaftaran pemilih sempena Program Pendidikan Pengundi Bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Nres) bertempat di Bilik Mesyuarat Nres, Kompleks F, Presint 1. Kaunter Pendaftaran Pemilih telah dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dengan seramai 3 orang petugas.
Pembukaan kaunter tersebut telah berjaya memberi perkhidmatan dan menyampaikan maklumat berkenaan dengan SPR terutamanya berkaitan dengan Pendaftaran Pemilih. Adalah diharapkan dengan wujudnya program kerjasama sebegini dapat meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan tanggungjawab sebagai pemilih serta memberi pendedahan berkenaan SPR.












Pelawat Hari Ini : 982
Jumlah Pelawat Tahun Ini : 105510