PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH SEMPENA PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN KEWANGAN
PUTRAJAYA, 15 Oktober 2025 (Rabu) – Bahagian Pendaftaran Pemilih (PD), Ibu Pejabat SPR telah menerima jemputan membuka kaunter pendaftaran pemilih sempena Program Pendidikan Pengundi bersama warga Kementerian Kewangan bertempat di Ruang Legar Blok Tengah, Kementerian Kewangan. Kaunter Pendaftaran Pemilih telah dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan seramai 3 orang petugas.
Pembukaan kaunter tersebut telah berjaya memberi perkhidmatan dan menyampaikan maklumat berkenaan dengan SPR terutamanya berkaitan dengan Pendaftaran Pemilih. Adalah diharapkan dengan wujudnya program kerjasama sebegini dapat meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan tanggungjawab sebagai pemilih serta memberi pendedahan berkenaan SPR.












Pelawat Hari Ini : 860
Jumlah Pelawat Tahun Ini : 863214