PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH SEMPENA PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN KOMUNIKASI

PUTRAJAYA, 20 Ogos 2025 (Rabu) – Bahagian Pendaftaran Pemilih (PD), Ibu Pejabat SPR telah menerima jemputan membuka kaunter pendaftaran pemilih sempena Program Pendidikan Pengundi, Akademi Pilihan Raya bersama warga Kementerian Komunikasi bertempat di Dewan Serbaguna Menara Komunikasi. Kaunter Pendaftaran Pemilih telah dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan seramai 4 orang petugas.

Pembukaan kaunter tersebut telah berjaya memberi perkhidmatan dan menyampaikan maklumat berkenaan dengan SPR terutamanya berkaitan dengan Pendaftaran Pemilih. Adalah diharapkan dengan wujudnya program kerjasama sebegini dapat meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan tanggungjawab sebagai pemilih serta memberi pendedahan berkenaan SPR.

Similar Posts