PEMBUKAAN RERUAI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA SEMPENA PROGRAM RANCAKKAN MADANI BERSAMA MALAYSIAKU DAN KONVENSYEN REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2025 (PROGRAM RANCAKKAN MADANI)
PUTRAJAYA, 7 Disember 2025 (Ahad) – Suruhanjaya Pilihan Raya telah menerima jemputan sebagai pempamer reruai Jabatan Perdana Menteri sempena Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 (Program Rancakkan MADANI) yang telah diadakan dari 5 hingga 7 Disember 2025 bertempat di Pekarangan Dataran Putrajaya.
Akademi Pilihan Raya telah mengadakan pameran berkenaan SPR manakala Bahagian Pendaftaran Pemilih telah membuka kaunter pendaftaran pemilih bermula jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam bersempena program tersebut. Reruai SPR turut dimeriahkan dengan lawatan YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 6 Disember 2025.
Pameran dan pembukaan kaunter tersebut berjaya memberi perkhidmatan dan menyampaikan maklumat berkenaan dengan SPR terutamanya berkaitan dengan Pendaftaran Pemilih. Adalah diharapkan dengan wujudnya program kerjasama sebegini dapat meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan tanggungjawab sebagai pemilih serta memberi pendedahan berkenaan SPR.











Pelawat Hari Ini : 1761
Jumlah Pelawat Tahun Ini : 18198