PEMERHATI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.187 KINABATANGAN DAN PRK DEWAN UNDANGAN N.58 LAMAG, SABAH
Tarikh Permohonan:
- Permohonan sebagai Pemerhati dibuka mulai 16 Disember 2025 sehingga 31 Disember 2025.
- Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.
Objektif program pemerhati:
- Membina keyakinan awam terhadap ketelusan dan integriti penjalanan pilihan raya yang dilaksanakan oleh SPR;
- Membina kepercayaan dalam proses demokrasi;
- Menghalang dari berlakunya manipulasi dan penipuan melalui pemerhatian pihak ketiga yang tidak memihak kepada mana-mana pihak dengan melakukan semak dan imbang; dan
- Membawa penambahbaikan kepada proses pilihan raya berdasarkan laporan dan cadangan dari pemerhati.
Skop Pemerhatian:
Pemerhati yang dilantik dibenarkan untuk memerhatikan proses-proses pilihan raya seperti berikut:
- Proses Penamaan Calon;
- Proses Pengeluaran Kertas Undi Pos;
- Kempen Pilihan Raya;
- Proses Pengundian Awal;
- Proses Semakan Isi Peti Undi Biasa;
- Proses Pengundian Biasa;
- Proses Pengiraan Undi Awal;
- Proses Pengiraan Undi Pos;
- Proses Pengiraan Undi; dan
- Proses Penjumlahan Rasmi Undi dan Pengumuman Keputusan Pilihan Raya.
Terbuka kepada:-
- Agensi Kerajaan;
- Organisasi NGO / CSO berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(terhad kepada syarikat yang tidak berorientasikan keuntungan); dan - Berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Syarat-syarat asas:-
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah;
- Tidak bankrap;
- Tidak memegang jawatan dalam mana-mana parti politik;
- Dapat bekerjasama dan mengamalkan sikap berkecuali;
- WAJIB menghadiri latihan yang disediakan;
- Permohonan melalui organisasi sahaja. Permohonan individu tidak diterima
- Bagi kedua-dua PRK ini, organisasi hanya dibenarkan untuk menghantar 1 pasukan yang merangkumi maksimum 8 orang pemerhati.
Nota
- Tiada ganjaran kewangan akan diberikan.
- Latihan dan taklimat akan disediakan kepada pemerhati mengikut zon berikut dan pemerhati bebas memilih mana-mana zon yang bersesuaian:
- Zon 1: Putrajaya
- Zon 2: Sandakan
*Tarikh taklimat akan dimaklumkan kemudian
1. Permohonan sebagai Pemerhati
i. Mengisi dan melengkapkan LAMPIRAN A – BORANG PERMOHONAN PEMERHATI.
ii. Mengisi dan melengkapkan LAMPIRAN B – KOD ETIKA DAN AKU JANJI.
iii. Mengemukakan LAMPIRAN A dan LAMPIRAN B yang telah lengkap kepada Pegawai Bertanggungjawab Organisasi (PBO).
2. Pegawai Bertanggungjawab Organisasi (PBO)
i. Mengisi dan melengkapkan LAMPIRAN C – BORANG PENGESAHAN PELANTIKAN PBO.
ii. Mengemukakan semua dokumen (Rujuk Laman DOKUMEN DIPERLUKAN) yang telah lengkap kepada pemerhati@spr.gov.my.
Nota:
- PBO merupakan individu mewakili organisasi dan bertanggungjawab menyelaras perkara berkaitan pemerhati di bawah organisasi.
- Hanya seorang PBO dilantik bagi setiap organisasi.
Peringatan:
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2025.
- Semua dokumen hendaklah dikemukakan sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang diterima selepas daripada tarikh tutup permohonan tidak akan diproses.
Dokumen yang diperlukan
- Salinan sijil pendaftaran SSM/ROS
- Laporan aktiviti
- Profil pertubuhan
- Perlembagaan pertubuhan (berdaftar di bawah ROS)
- Surat permohonan
- Maklumat penyandang jawatan-jawatan utama dalam organisasi
- LAMPIRAN A – BORANG PERMOHONAN PEMERHATI bagi setiap pemohon.
- LAMPIRAN B – KOD ETIKA DAN AKU JANJI bagi setiap pemohon.
- LAMPIRAN C – BORANG PENGESAHAN PELANTIKAN PBO
Nota:
- Pengecualian dokumen [1,2,3 dan 4] kepada Agensi Kerajaan yang menyertai program ini.
- Agensi Kerajaan diwajibkan untuk melampirkan surat permohonan daripada Ketua Jabatan peringkat negeri atau persekutuan.
Muat turun dokumen :