PENDAFTARAN PEMILIH
Punca Kuasa
SPR melaksanakan fungsi pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih berdasarkan kepada tiga (3) punca kuasa berikut:
Kategori Pemilih
Kategori pemilih terbahagi kepada dua (2) iaitu:
Pengundi tidak hadir (PTH) terdiri daripada:
Mulai 15 Disember 2021, pendaftaran pemilih baharu adalah secara automatik. Berdasarkan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan, kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih baharu adalah:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur 18 tahun dan ke atas;
(c) Bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya (mempunyai alamat kediaman yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara); dan
(d) Tidak hilang kelayakan berdasarkan Perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Takrifan hilang kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih berdasarkan Perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan adalah:
(a) pada tarikh kelayakan, ditahan sebagai orang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan; atau
(b) sebelum tarikh kelayakan dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di dalam mana-mana bahagian Komanwel dan dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh melebihi dua belas bulan dan pada tarkh kelayakan itu dia masih kena menjalani apa-apa hukuman bagi kesalahan itu.
SPR mendaftarkan warganegara berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak hilang kelayakan ini berdasarkan pengesahan kewarganegaraan dan maklumat peribadi yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara termasuklah maklumat alamat mastautin. Penetapan bahagian pilihan raya bagi seseorang pemilih adalah berdasarkan kepada alamat mastautin terkini di Jabatan Pendaftaran Negara.
Warganegara yang didaftarkan sebagai pemilih baharu secara automatik akan diperaku dalam daftar pemilih tambahan setiap bulan sebelum layak untuk mengundi dalam suatu pilihan raya umum atau kecil.
Pertukaran Bahagian Pilihan Raya
Seseorang pemilih yang telah berpindah tempat mastautin dan berhasrat menukar bahagian pilihan rayanya boleh memohon pertukaran bahagian pilihan raya. Pemilih hendaklah terlebih dahulu mengemaskini alamat mastatutin mereka di Jabatan Pendaftaran Negara.
Permohonan pertukaran bahagian pilihan raya boleh dikemukakan melalui saluran berikut:
Semua permohonan pertukaran bahagian pilihan raya yang diterima melalui Borang A akan diproses dan disemak sebelum pemilih diperaku untuk melayakkannya mengundi dalam bahagian pilihan raya yang baru dalam suatu pilihan raya umum atau kecil.
Seseorang pemilih yang telah didaftarkan sebagai pemilih di bawah kategori pengundi biasa boleh memohon menukar status / kategori pengundi kepada pengundi tidak hadir sekiranya pemilih termasuk dalam salah satu daripada kategori berikut:
Mana-mana orang daripada empat (4) kategori di atas yang telah menamatkan perkhidmatan hendaklah memohon semula kategori pengundi untuk didaftarkan di bawah kategori pengundi biasa.
Permohonan pertukaran status / kategori pengundi boleh dikemukakan melalui saluran berikut:
Semua permohonan pertukaran status / kategori pengundi akan diterima melalui Borang A akan diproses dan disemak sebelum pemilih diperaku untuk melayakkannya mengundi sama ada sebagai pengundi biasa atau pengundi awal atau pengundi pos dalam suatu pilihan raya umum atau kecil.
SPR memperaku dan mewartakan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) setiap bulan. DPT ini mengandungi malumat seperti berikut :
Notis pemerakuan DPT ini diwartakan melalui Warta Kerajaan dan boleh dicapai di Portal Jabatan Peguam Negara iaitu https://lom.agc.gov.my/
Daftar Pemilih Tambahan (DPT) yang telah diperaku dan diwartakan ini terbuka untuk semakan selama 30 hari mulai dari tarikh pewartaan notis pemerakuan DPT. Semakan ini boleh dibuat melalui 5 kaedah berikut:
Dalam tempoh semakan ini, mana-mana pihak yang layak boleh mengemukakan TUNTUTAN atau BANTAHAN melalui kaedah yang ditetapkan oleh SPR.
Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas, pemilih yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya dan pertukaran status / kategori pengundi yang mendapati namanya tiada dalam DPT yang terbuka untuk semakan boleh mengemukakan TUNTUTAN. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.
Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT yang terbuka untuk semakan mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan bahagian pilihan raya juga boleh mengemukakan TUNTUTAN.
TUNTUTAN boleh dikemukakan melalui Borang C boleh dikemukakan melalui kaedah berikut:
Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya.
Syarat-syarat bagi BANTAHAN ialah seperti berikut :
Pembetulan Maklumat Pemilih
Seseorang pemilih yang menyemak dan mendapati terdapat kesilapan maklumat peribadinya, boleh memohon untuk pembetulan kepada SPR. Pembetulan maklumat peribadi meliputi maklumat-maklumat seperti berikut:
Di samping itu, pemilih yang mendapati namanya didaftarkan dalam bahagian pilihan raya yang salah juga boleh memohon pembetulan bahagian pilihan raya dengan SPR.
Permohonan pembetulan maklumat pemilih ini boleh dikemukakan melalui kaedah berikut:
Pemotongan Nama Pemilih
SPR juga dari semasa ke semasa memotong nama pemilih yang hilang kelayakan kerana sebab-sebab berikut :
Tindakan memotong nama pemilih ini adalah berdasarkan maklumat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Penjualan Daftar Pemilih Induk dan Daftar Pemilih Tambahan
SPR menyediakan Daftar Pemilih Induk (DPI) dan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) untuk dijual kepada mana-mana pihak yang diluluskan oleh SPR. DPI dan DPT ini boleh dibeli daripada SPR dalam format berikut:
Kadar harga jualan bagi DPI dan DPT adalah berdasarkan kepada jumlah pemilih dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Selain itu, SPR juga menyediakan Statistik Daftar Pemilih terkini setiap bulan dalam format Portable Document Format (pdf) mengikut negeri dan bahagian pilihan raya seperti berikut:
Mana-mana pihak yang berhasrat mendapatkan DPI, DPT dan Statistik Daftar Pemilih boleh mengemukakan permohonan bertulis secara e-mel atau surat kepada:
Pelaksanaan Umur Kelayakan Pengundi 18 Tahun Dan Pendaftaran Pemilih Secara Automatik (PPSA)
Penafian : Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) adalah tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Hakcipta © 2024 SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA. | Hak Cipta Terpelihara.