Program Taklimat Pendidikan Pengundi (VE) Negeri Perak

KAMPAR, 30 Julai 2026 (Khamis) – Program Taklimat Pendidikan Pengundi (VE) Negeri Perak telah berjaya dilaksanakan bertempat di UTAR, Kampar. Program yang berlangsung dari jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang itu telah disertai oleh seramai 30 orang pelajar.

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Shahreen binti Alias, yang memberikan penerangan mengenai kepentingan demokrasi, tanggungjawab sebagai pengundi serta proses pilihan raya di Malaysia. Sesi ini turut memberi pendedahan kepada para pelajar tentang hak dan peranan mereka sebagai bakal pengundi dalam menyumbang kepada pembangunan negara.

Program ini turut dibantu oleh Pn. Suri Fairuz Emilia binti Ahmad Laili, Pn. Norismayura binti Ismail, Cik Maria Ruzi binti Meor Zakaria Inshari @ Mior Zakaria dan En. Azlan Hashim bin Abdullah bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar.

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *