13 Februari 2026 18:17 PM

PENJALANAN PILIHAN RAYA PEMILIH

Anda boleh menyemak maklumat pemilih melalui kaedah berikut :-

Bagaimana Untuk Mengundi?

(a) Sebelum Pilihan Raya

     i. Semak butiran peribadi pengundi dalam daftar pemilih melalui kaedah semakan yang disediakan.
     ii. Selepas pembubaran Parlimen/DUN, semak lokasi pusat mengundi dan tempat mengundi (saluran) yang telah ditetapkan kepada anda.

(b) Semasa Tempoh Berkempen

     i. Kenalilah calon anda semasa tempoh ini.
     ii. Anda juga boleh terlibat dalam aktiviti berkempen untuk calon yang anda sukai dengan syarat sentiasa mematuhi peraturan dan undang- 
        undang yang telah ditetapkan.

(c) Semasa Hari Pengundian

      i.  Datang awal ke Pusat Mengundi.
      ii. Semak nombor saluran dalam aplikasi MySPR. Anda juga boleh menyemak nombor saluran di Barong Semakan Daftar Pemilih SPR yang
          terletak dalam Pusat Mengundi. Sekiranya nombor saluran telah diketahui, pengundi boleh terus ke saluran tanpa perlu ke Barong Semakan
          Daftar Pemilih terlebih dahulu.
     iii. Beratur dengan senyap di saluran mengundi anda.
     iv. Apabila tiba giliran dan dibenarkan masuk ke saluran mengundi, sila patuhi prosedur mengundi yang telah ditampal di pintu masuk saluran.
     v. Segera beredar selepas mengundi.

Kemudahan undi awal disediakan khas kepada anggota Tentera dan anggota Polis serta pasangan Tentera dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Bagaimana Untuk Mengundi?

(a) Sebelum Pilihan Raya

     i. Semak butiran peribadi pengundi dalam daftar pemilih melalui kaedah semakan yang disediakan.
     ii. Selepas pembubaran Parlimen/DUN, semak lokasi pusat mengundi dan tempat mengundi (saluran) yang telah ditetapkan kepada anda.

(b) Semasa Tempoh Berkempen

     i. Kenalilah calon anda semasa tempoh ini.
     ii. Anda juga boleh terlibat dalam aktiviti berkempen untuk calon yang anda sukai dengan syarat sentiasa mematuhi peraturan dan undang- 
        undang yang telah ditetapkan.

(c) Semasa Hari Pengundian

      i.  Datang awal ke Pusat Mengundi.
      ii. Semak nombor saluran dalam aplikasi MySPR. Anda juga boleh menyemak nombor saluran di Barong Semakan Daftar Pemilih SPR yang
          terletak dalam Pusat Mengundi. Sekiranya nombor saluran telah diketahui, pengundi boleh terus ke saluran tanpa perlu ke Barong Semakan 
         Daftar Pemilih terlebih dahulu.
     iii. Beratur dengan senyap di saluran mengundi anda.
     iv. Apabila tiba giliran dan dibenarkan masuk ke saluran mengundi, sila patuhi prosedur mengundi yang telah ditampal di pintu masuk saluran.
     v. Segera beredar selepas mengundi.

NOTA : Semua pengundi awal mesti mengundi di Pusat Mengundi Awal yang telah ditetapkan. Pengundi awal tidak boleh mengundi pada Hari Mengundi biasa.

PENGUNDI POS DALAM NEGARA

Tentera

Anggota Tentera yang tidak dapat hadir semasa Hari Mengundi Awal kerana bertugas boleh memohon untuk mengundi secara pos.

Nota: Pasangan anggota Tentera tidak layak memohon undi pos.

Polis

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak dapat hadir semasa Hari Mengundi Awal kerana bertugas boleh memohon untuk mengundi secara pos.

Nota: Pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA) tidak layak memohon undi pos.

Petugas Media

Pengamal media yang bertugas membuat liputan pilihan raya di luar kawasan pendaftaran mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.

Petugas Pilihan Raya

Ahli dan pegawai SPR serta petugas pilihan raya yang dilantik membantu SPR melaksanakan pilihan raya turut diberikan kemudahan untuk memohon mengundi secara pos, terutamanya bagi mereka yang terpaksa mengundi di luar Pusat Mengundi di mana mereka bertugas.

Anggota Agensi Kerajaan

Anggota daripada agensi kerajaan yang diluluskan dan bertugas semasa Hari Mengundi boleh memohon untuk mengundi secara pos. Agensi-agensi ini adalah :-

 

  1. Pasukan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (PVR)
  2. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA)
  3. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
  4. Jabatan Penjara Malaysia
  5. Kementerian Kesihatan Malaysia
  6. Jabatan Imigresen Malaysia
  7. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
  8. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  9. Jabatan Pendaftaran Negara – Urban Transformation Centre (UTC)
  10. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  11. Sabah Electricity Sdn. Bhd.

PENGUNDI POS LUAR NEGARA

Warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos.

Nota: Kategori Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara yang terdahulu telah dimansuhkan bermula 20 Ogos 2024. Semua rakyat Malaysia di luar negara mesti mengemukakan permohonan secara atas talian sahaja untuk mengundi secara pos.

PERMOHONAN UNDI POS

Pengundi yang layak untuk mengundi secara pos perlu mendaftar akaun MySPR terlebih dahulu sebelum membuat permohonan Undi Pos.

Daftar akaun dan buat permohonan Undi Pos anda di portal MySPR https://myspr.spr.gov.my