Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh undi paling banyak kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan ‘First-Past-The-Post-System’. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.
ELEMEN – ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA
Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:
JENIS – JENIS PILIHAN RAYA
Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu:
Pilihan Raya Umum diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh 5 tahun. Pilihan Raya Kecil pula berlaku untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di luar jangka disebabkan oleh:
Calon yang ingin menyertai pilihan raya perlu membayar deposit pilihan raya seperti berikut:
Deposit ini perlu dibayar kepada Pegawai Pengurus atau Pengarah Pilihan Raya Negeri selewat-lewatnya pada jam 10.00 pagi pada hari penamaan calon. Deposit boleh dibayar dalam bentuk tunai atau draf bank. Calon yang gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon dalam satu bahagian pilihan raya akan kehilangan deposit ini.
Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR)
Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar, SPR mempunyai kuasa di bawah seksyen 3(d) Akta Pilihan Raya 1958 dan seksyen 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di setiap bahagian pilihan raya Parlimen.
Keanggotaan pasukan ini adalah terdiri daripada:-
Fungsi PP-KPR adalah untuk :-
Barong SPR
Undang-undang yang ada sekarang melarang calon daripada mendirikan sebarang barong atau pondok panas di dalam kawasan calon itu bertanding. Namun demikian calon-calon dibenarkan untuk mengadakan pejabat parti untuk urusannya di luar kawasan 50 meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian, SPR akan mengadakan Barong SPR di pusat-pusat mengundi. Tujuan barong ini diadakan adalah untuk membantu pemilih menyemak nama mereka berada di dalam daftar pemilih dan penentuan pusat dan tempat mengundi mereka supaya pengundian dapat berjalan dengan lancar dan teratur.
Perbelanjaan Pilihan Raya
Calon-calon dibenarkan membelanjakan untuk urusan pilihan raya mereka berdasarkan jumlah berikut :-
Calon-calon dikehendaki mengemukakan penyata perbelanjaan kepada SPR dalam tempoh 31 hari dari tarikh keputusan pilihan raya di wartakan. Calon-calon dan ejen pilihan raya yang gagal berbuat demikian menyebabkan mereka tidak layak untuk bertanding bagi tempoh lima tahun akan datang.
Jenis-Jenis Pengundian
Terdapat 3 jenis pengundian di Malaysia:
Pengundian Awal akan diadakan tidak kurang dari 3 hari sebelum tarikh pengundian biasa. Kertas-kertas undi yang telah ditanda akan disimpan dengan selamat dan akan dibuka untuk pengiraan pada jam 5.00 petang pada Hari Mengundi.
Pengundi pos pula akan menerima kertas undi masing-masing melalui perkhidmatan penghantaran pos selepas Hari Penamaan Calon. Pengundi perlu mengemukakan semula kertas undi pos yang telah ditanda ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya terlibat selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang pada Hari Mengundi.
Alasan-Alasan Petisyen Pilihan Raya
Keputusan pilihan raya hanya boleh di cabar di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya. Ianya hendaklah di kemukakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya di wartakan. Sesuatu petisyen pilihan raya hanya boleh dibuat atas alasan-alasan berikut:




Penafian : Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) adalah tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Hakcipta © 2025 SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA. | Hak Cipta Terpelihara.
Pautan PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI